Monday, August 31, 2009

King of Pop





POSTER MICHEAL JACKSON

1)


Motif penghasilan poster ini adalah kerana, Micheal Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dan artis paling popular dalam sejarah. Beliau mempamerkan tarian robot dan moonwalking yang telah membentuk hiburan dan tarian popular. Micheal juga digelar sebagai ' Penghibur Paling Berjaya Sepanjang zaman ' oleh Guinness World Records. Oleh itu, Michael Jackson telah dipilih sebagai tajuk utama poster kami bagi memperingati zaman kegemilangan dan keunggulannya walaupun dia sudah meninggal dunia.

Gambar kami dijadikan sebagai latar belakang poster tersebut adalah untuk menunjukkan kesetiaan kepada idola kami dengan pelbagai ekspresi muka yang gembira, sedih, dan teruja.

Warna hitam dan putih dijadikan sebagai warna poster kami untuk menunjukkan transformasi yang berlaku ke atas Michael Jackson ( warna kulit ). Selain itu, kami mendapat ilham daripada lagu Black or White untuk diterjemahkan dalam penghasilan poster kami.



2)

Berbeza dengan poster di atas, poster ini keseluruhannya menggunakan gambar micheal sahaja. Latar belakang poster ini, kami gunakan gambar micheal dan setiap gambar itu telah dikecilkan saiznya. Tajuk poster tetap sama iaitu " KING OF POP " dan penggunaan warna masih hitam dan putih sebagai simbol kepada Micheal Jackson. Setiap gambar yang dijadikan latar belakang poster tersebut berbeza.

3)

Poster ini juga masih meletakan gambar muka Micheal Jackson dan latar belakangnya juga masih kekal gambar beliau.

4)

Poster ini juga sama dengan poster-poster yang lain kerana masih menggunakan muka, gambar dan warna hitam putih terhadap Micheal Jackson.


LATAR BELAKANG MICHEAL JACKSON


Nama : Micheal Joseph Jackson
Nama lain : Micheal Joe Jackson
Dikenali sebagai : MJ, Raja Pop
Tarikh Lahir :29 Ogos 1958 dan 25 Jun kenap 50 tahun
Asal : Gary, Indiana, Amerika Syarikat
Meninggal :25 Jun 2009
Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Pelerjaan : Penyusun muzik, penyanyi, pelakon
Tahun aktif : 1968-2009
Kegiatan lain : The Jackson 5


FOTO MICHEAL JACKSON

Gambar waktu beliau kanak-kanak lagi

Gambar pertama dan kedua sebelum lakukan pembedahan dan gambar yang ketiga selepas pembedahan.


gaya beliau yang memikat perhatian peminatnya





BIOGRAFI MICHAEL JACKSON

  • Mula menyanyi pada usia 7 tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5.
  • Rakaman sulung, Got To Be There 1971.
  • Dalam karier solo, merakam lagu Thriller dan jualan sampai mencecah 104 juta.
  • Selepas Thriller, antara lagu yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), History (1995) dan Invisible (2001).
  • Menerima 13 anugerah Grammy dan menjadi artis lelaki solo paling banyak mendapat anugerah.
  • Dari tahun 1988-2005, Michael Jackson menetap di tanahnya sendiri iaitu Neverland Ranch dan membina sebuah rumah taman kecil dan zoo persendirian untuk kanak-kanak yang berkunjung ke sana.
  • Pada tahun 1993, beliau telah dituduh melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak dan telah dihadapkan ke mahkamah dan akhirnya, Michael Jckson didapati tidak bersalah.
  • Pada 21 November 2008, Akhbar Tabloid Barat menerbitkan rencana mengenai Michael Jackson yang memeluk islam di Los Angeles di rumah Steve Porcaro dan menukar namanya kepada Mikael tetapi tidak ada kenyataan rasmi daripada Michael Jackson sendiri.
  • sumber lain berpendapat Michael Jackson memeluk islam awal 2007 apabila abangnya Jermaine memeluk islam.


LAGU


  1. 1972 "Ben"
  2. 1779 Don't Stop Til You Get Enoungh
  3. 1980 Rock With You
  4. 1983 Billie Jean
  5. 1983 Beat it
  6. 1983 Say Say Say
  7. 1987 I Just Can't Stop Loving You
  8. 1987 Bad
  9. 1987 The Way You Make Me Feel
  10. 1988 Man In The Mirror
  11. 1988 Dirty Diana
  12. 1991 Black or White